Posted: October 18, 2010 in Uncategorized

nenek nenek si bongkok tiga
siang mengantuk malam berjaga
mencari cucu di mana ada
nenek nak kawen dengan anak raja

cucu cucu tak dapat lari
nenek tu ada sakti
sekarang nenek nak cari ganti
siaa yang kena dia yang jadi

nenek nenek si tua bongkok
malam berjaga siang mengantuk
nenek nenek tersalah peluk
nenek ter peluk hai tuk janggut

Tiba-tiba je teringat lagu nih. Dulu saya jumpa lirik lagu lama ni dalam kamus dewan pusaka ayah saya. Tak tau kenapa dia tampal lirik lagu ni kat muka depan kamus tu. Kenangan bersama skandal lama kot.haha

Hari ini saya sedikit kecewa. Saya pergi ke kelas macam biasa. Tapi malangnya kelas batal last minute. Saya bangun awal-awal sebab nak kena kejar bas. Dah la bas terakhir ke kampus 2jam sebelum kelas bermula. Bayangkan berapa lama saya harus menunggu sebelum kelas bermula. tiba-tiba, ini pula yang jadi pada saya. Patutkah?

lepas tu saya lepak di dewan siber. Saya rasa tempat ni berhantu sikit la. Asal saya masuk dalam ni je, lepas setengah ke satu jam mesti sakit perut. dah 2,3 kali perkara ni terjadi pada saya. Mujurlah saya suka lepak kat bahagian belakang dewan. Dekat sikit dengan pintu ke toilet. Tapi saya tak tau la kalau sistem dalam badan saya dah setkan pada hari sekian sekianjam sekian sekian, aina harus masuk toilet. har3

Sekarang saya kena batuk-batuk. Dah seminggu saya kena. Saya tak suka makan ubat walaupun tak ada masalah nak makan. Mesti ada rasa pelik. Saya terima pil saja. Tak suka ubat cecair macam ubat batuk ke, hape ke. Duliklah batuk saya melarat atau tak. Tapi batuk saya boleh cuti-cuti tau. nape? Tak percaya? Sukati la. Batuk saya cuti semalam dengan kelmarin tau. Masa saya part time jaga booth kat Karnival SDSI tu. Saya tak batuk sangat pun waktu tu. haha.

Saya kerja part time kat SDSI tu sebab Zue ajak. Dapat la 30/= satu hari. Ok apa. Ingat senang ke nak dapat duit sekarang ni. Kebetulan duit saya dah abis minggu lepas, saya pun terima la tawaran Zue. Penat dan bosan. Tapi ok la. Saya dapat duit, dapat kenal-kenal orang, dapat cuci mata. Orait la tu. Saya keja 2hari dapat 60/=. Tapi semalam je duit saya dah nak abis separuh. Boroskan saya? Bukan salah saya pun. Sapa suruh harga barang sekarang makin mahal. hahah

Saya dah nak balik. Kejap lagi bas sampai. Saya tak nak ketinggalan. Kalau tak saya kena tunggu sampai petang nanti. Balik nanti boleh la saya tidur. Tak pun tengok movie ke. Saya tak suka tengok movie ramai2 sebab saya ni jenis tacing lebih siket. Belum sempat sedih lagi saya dah nangeh. Belum senpat lucu saya dah gelak. Comel kan saya? Apa? Ingat saya keras2 ganas2 hati saya batu ke. Saya sensitif lebih tau. Bak kata orang, jadi perempuan biar tegas di luar tapi lembut di dalam. Yess!! Saya gadis sejati!! haha

 

ukeh2..saya dah lambat.Out!!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s