terung masak kari

Posted: October 25, 2010 in Uncategorized

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh..

Huihh..terasa dah lama sangat daku tak bagi salam dengan sempurna. Paling-paling pun salam, samekom.. Entah apa maksud semua tu.Kalian silalah jawab salam tu. Biar ikhlas. Senang-senang dapat pahala free

Hari ni daku masak terung masak kari. Daku..bukanlah serajin yang kalian sangkakan. Untuk seorang perempuan, daku adalah sangat pemalas. Daku tak minat masak,membasuh, kemas rumah. Senang kata daku tak punya ciri-ciri untuk menjadi seorang anak dara yang baik. Ya, daku tentulah masih dara. Kesah apa. Daku tak rajin mandi. Andai kata hari cuti, daku tak mandi selagi tak rasa daku dah busuk. Atau daku dah setat saket pale. Buruk kan perangai daku? Kesah apa. Tapi daku suka menjahit. Daku selalu kena jahitkan baju seluar Ayah, Bwan tak pun kadang-kadang Kak In. Daku tak kesah. Asalkan daku tak payah Basuh pinggan kat dapur atau masak.
Tapi hari ni daku dah termasak. Terung masak kari tu. Sebab Mira dah keluar pergi kampus,tak ada orang nak masak sebab daku makan kongsi dengan dia je. Sebab daku anak dara yang teruk, selalu pun memang Mira yang masak. Tapi hari ni… Daku masak terung masak kari (lagi nak ulang) yang tak sedap. Daku cerewet. Daku tak suka masak tak cukup bahan. Mesti daku rasa tak sedap. Tak ada bilis, daku guna kiub ayam yang daku beli kat kedai sampan je. Tak sedap jugak pada daku. daku suka bilis. Lepas tu tak ada bunga lawang, kayu manis dengan hape-hape tah lagi yang orang masukkan nak masak kari. kurang lagi rasa. Lagi tu, terung yang daku guna muda. Terung yang sedap adalah terung yang tua. Tapi bukanlah yang tua kemerinting yang dah boleh amek biji buat benih tu. Sedap juga kalau nak. Dah tu, daku terpotong sekali penunggu terung tu masa nak bersihkan. Daku memang best. tiba-tiba je daku rasa penunggu tu nampak sedap warna putih-putih. Nasib baik daku masih waras. Daku buang ia. kasihan ia.
Apa pun daku dah masak terung masak kari. Sekarang jam 5.10pm dan daku baru nak mandi untuk hari ni. Nanti Mira balik boleh ajak dia makan bubur nasi lauk terung masak kari sama-sama. Adios

Wassalam..^o^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s