nasib beta..uhuk2

Posted: November 13, 2010 in Uncategorized

Salam..wuahh. Agak lama beta tidak menjenguk blog ini. Beta kerinduan..aihh. Haha. Bukan bersengaja berbuat begini. Tapi masa begitu mencemburui beta. Sama juga dengan cik tenet nih. Asal beta ingin berdating dengan blog nih aja ia terus jadi gelong-gelong. Cist. Beta tahulah beta ni hensem lagi  kachak bergaya. Haha.

Adapun, cerita di atas tiada kaitan dengan tajuk. Kisah bermula di sini~
Hari tu beta kerja part time. Beta pernah berkata tentang ini dalam entry yang dolu2 tu. Kejap je. Tak sampai pun seminggu. Jadilah beta promoter sekejap dekat situ a.k.a Metro Jaya punya sale. Alahh. Yang kat MITC hari tu. Dengan harapan, dalam ramai2 urang nanti tu boleh la beta cuci mata sikit. Tapi…tak ada maknanya. Beta kerja under kasut BATA. Jual kasut budak sekolah. Nak cuci mata pandang apa. Dah tentu kalau ada pun bapak-bapak budak tak pun adik2 yang sekolah lagi. melepas. Ada la jugak seorang abang kachak nih. Sangat-sangat kachak. Style pulak tuh. Sampai kawan beta angau sama dia. Dia jaga barang wangian plus perfume depan kami. Tapi sayang, dia sangat lemah lembut. Beta kesah apa, dia tetap lelaki. Yang kachak. Layan lah. Dah tu je stok nak cuci mata yang ada.Har3. TETAPI, dalam kesibukan serta keramaian tu, tiba-tiba handphone beta hilang. Satu-satunya HP kesayangan beta HILANG!! Apakah?!!
Ikut kata mak beta, “mesti ko terletak kat mane2 tuh. ko selalu sangat macam tu. cuai!!” dush..
Beta tak tahu. Beta bagai hilang ingatan. mana HP beta menghilang. Tak sayang sama beta lagikah? Mana janji-janji manismu dolu?? Nak berkhidmat dengan penuh kasih sayang. Mana?!! Uhuk2. “Sedih~”. Tu saja mampu beta katakan bila ada yang bertanya. Mana mungkin beta yang ‘gagah perkasa’ (seperti kata mereka di situ) ni menangis meraung tergolek-golek. Beta cool beb. Mana boleh tunjuk dukacita depan orang. Haha. Sedangkan dalam hati, dah banjir air mata beta melimpah. Boleh diibaratkan macam empangan kat Tasik Kenyir pechah. uhuk2. Beta dah lah sengkek. Mana nak cari duit beli HP baru!! Uwahh~~
**Beta harap ada jejaka kachak yang hensem dan kaya serta baik hati nak belanja beta. Jangan bagi simpati. Beta tak berminat.

***Beta rasa 2,3menjak yang lalu nasib beta memang malang sikit. Sebelum kes di atas terjadi, beta tersandung masa naik tangga dan kejadian disaksikan oleh seorang jejaka. Beta tak kisah dia menoleh ke pandang atau tonton sekali peristiwa itu. Beta tergolek-golek depan dia pun tak heran. Beta tak tahu malu* maa. Tapi yang beta sangat-sangat tak boleh terima,yang buat beta rasa nasib memang malang gila gaban adalah, dia sangat kachak. Arghhh!! Kenapalah dia kachak. Beta tak boleh terima. Beta malu!! ARGHHHH~~~~

(beta rasa entry ni tergantung. tak tau nak buat ending cane..koh3)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s