hati? soal hati kot..

Posted: February 3, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum.

Smile yo kawan-kawan. Tak senyum kurang manis mehh. Mana best kan tak manis. senyum, senyum..haa~ gitu~

Actually aku sungguh2 tak ada modal nak menaip dalam nih. Ikutkan hati memang ada banyak gila gaban lah yang aku nak share. Dah berapa kali aku try nak update blog nih. Taip2 sekerat hilang idea. Gitu je ulang2. Last bersawang semak samun n naik lalang dah blog aku nih. Entah lah kan. Akhir2 ni macam2 perkara aku alami. Yang aku rasa. Sampaikan aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasa dalam satu-satu masa tu. Aku sungguh2 tak tahu. Confuse2~

Yang sebetulnya aku tak faham dengan diri sendiri. Aku tengok orang2 lain yang tengah syok dibuai perasaan, atau tengah perasan, atau tengah lebih2 berangan, bukan main lagi jiwang karat bila nak luahkan rasa tu. Yelah. Kan ke rasa disukai tu sesuatu yang indah. Dan menyukai juga sesuatu yang membahagiakan? Tapi aku? Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku rasa.

Sebagai manusia yang normal, tipulah kalau aku kata aku tak ingin disukai. Tapi kenapa bila ada yang menyatakan suka aku menidakkan ia? Tidak pernah aku cuba berkata ia adalah serius atau cuba menerima kata2 seperti itu. Anggapan aku, semua itu hanya gurauan semata. Rasa bagai terlalu takut untuk percaya. Khuatir kalau aku menyandar harapan,ia menjadi sia2. selebihnya, aku takut untuk kecewa.

Dan bagaimana yang dikatakan sebagai suka, sayang, cinta.. Aku sangat2 tidak pasti tentang itu. Bagaimana rasa bila kita suka pada orang itu? Berdebar? Tak keruan? Rasa selesa? Rasa hendak berkongsi segala, meluah rasa, mengadu kecewa? Yang bagaimana? Aku rasa semua tu. Tapi bukan semua pada orang yang sama. Rasa selamat bila dengan si A, rasa berdebar tak keruan bila dengan si B, bila rasa sedih atau apa,nampak si C terus rasa nak luahkan semua. Jadi mana yang aku suka? Ke aku tak suka mana2? Aku pun tak tau la. Sampai sekarang, aku masih tak paham2 macam mana kawan2 yang lain boleh couple clash kapel clash berulang-ulang kali. Apa yang diorang rasa ye? And yang dah kahwin atau nak berkahwin, apa yang mereka rasa ya? Hmm.. Mungkin belum sampai masa lagi untuk aku kot. Belum sampai seru kata orang. Haha.

Cakap pasal kahwin, dua orang best friends aku masa sekolah dulu, dah berkahwin. Punya lah zaman dolu kala kata aku yang akan kahwin dulu. Tapi sekarang? Seorang baru saja berkahwin krismas tahun lepas, seorang lagi bakal menimang cahaya mata yang kedua. Aku pulak? Pakwe pun tak ada. Aku memilih sangat ke? Haha. Tak apalah. Aku muda lagi apa. Bulan Mei nanti baru masuk 22. banyak lagi benda nak kena settle. Masak pun tak berapa nak pass lagi. Nasib malang lah siapa yang dapat aku nanti. Haha

 

 

p/s:da suruh mak tolong carikan. Sape nak jumpalah mak ye..hahahaha

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s