fuh..fuhh~~angin..

Posted: November 2, 2010 in Uncategorized

Assalamualaikum

Sekarang musin tak menentu. Dari manusia hingga ke cuacanye. Semua nak berangin. Aku juga yang begini. Hebatkan aku? Dapat mengawal musim diri pada ketika yang pelbagai gini. Yeahh. Daku memang hebat.
Cuaca kat Melaka? Hujan turun sebelum subuh sampai pagi. Lepas tu panas terik nak mati sampai duduk kat rumah pun rasa bahang gila. Petang ke maghrib sikit hujan balik. Malam pulak sejuk yang teramat. Bergulung, bergumpal dengan selimut pun tak berkurang rasa sejuk tuh. Sebab aku memang tak tahan sangat dengan sejuk nih. mujur bilik aku tak ada kipas. Dulu masa mula-mula masuk rumah tu memang tak puas hati sikit la. Tapi sekarang rasa bersyukur pulak. Hohoho.. setiap kejadian memang ada hikmahnya..See?
Tu cerita tang cuaca. Orang kat keliling aku? Lagi lah macam-macam jenis angin ada. Kejap monsun timur laut, kejap ribut taufan. Nasib baik tsunami tak ada lagi. Kalau tak aku pun boleh ikut berangin sama. jadi gempa bumi dah. Dah la aku punya volume ni ada extra power. Haha.
Sepatutnya aku balik kampung hari ni. tapi tak jadi pulak. Tau-tau je dah sampai kat kampus nih. Hoho. Ingat nak download anime sikit. Tapi internat tak berapa nak laju pulak. kenalah buat satu-satu. haishh. Tak sabar aku. Tapi mujur gak aku cancel balik kampung tuh. Tau-tau tadi housemate aku offer kerja part time untuk esok sampai Isnin nanti. Ada gak income. lepas duit sewa 2bulan. Ikutkan memang takde duit dah pun. Hari-hari pun kena ikat perut walaupun rasa cam aku makan takde berenti. Dengan next week nak bayar sewa. Nasib baik rezeki aku murah lagi. Ada je duit masuk bila hampir nak terdesak. Sayang lebih la kat mak aku sebab sporting nak mati. Ikutkan mak-mak kawan aku yang lain, ramai gak sayang anak lebih. Nak kerja sikit pun tak boleh. Huhu. Mak daku memang hebat. Nanti lain kali aku buatlah satu entri khas buat mak aku. Tunggu Hari ibu taun depan naa. Insya Allah panjang umur aku buat lah. Kalau aku masih ingat lagi. Hoho.

Hari ibu tahun depan nak beli kek. Kalau mak takde pun takpe. Aku beli makan sendiri je.
Minta2 dah kaya sikit waktu tu. hohoho
Comments
  1. […] bermula di sini~ Hari tu beta kerja part time. Beta pernah berkata tentang ini dalam entry yang dolu2 tu. Kejap je. Tak sampai pun seminggu. Jadilah beta promoter sekejap dekat situ a.k.a Metro Jaya […]

Leave a comment