ke3

Posted: July 27, 2011 in Uncategorized

Assalamualikum guys.
It’s been a long~~~ time since the last entry posted here. Dah lebih setengah tahun aku tak masuk sini beb. Kalau rumah memang dah bersawang-sawang semak samun lah senang kata. Even aku rasa tak ramai yang tahu kewujudan blog nih. Who cares, right??
Ikutkan, aku memang dah tak tahu nak isi menatang apa dalam ni. Dah berbulan tak asah otak. Sekarang dah berkarat gila gaban. Siap ada kulat kulat cendawan sekali tau. Lagipun, sekarang ni segala benda pun dah berubah. Kawan-kawan, suasana, n even aku pun dah tak macam dulu. Ada yang makin matang, makin baik,makin maju(?) pun ada. Tak kurang yang makin macam budak, buwok pangai, bajet bagus. Aku pun lebih kurang la kalau ikutkan. Yang buruk tak brkurang, yang baik pun tak bertambah. Yang aku pasti, makin ramai orang aku jumpa, makin pelik perangai aku jadi. Haahaha.
Soal hati dan perasaan? Biarlah. Semua tu bukan urusan aku. Biarlah Dia yang tentukan segala. Yang datang kita terima. Tak ada yang nak, kawan-kawan,keluarga ada. Nak risau apa kan. Jodoh ajal maut kat tangan Tuhan. Tak ada jodoh, tunggu maut jelah kan. Huhu.
Apa pun, buat masa ni aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada. Family ngan kawan-kawan yang ada. mereka dan dia sentiasa datang bila aku terasa jauh. Aku bersyukur yang teramat sangat. Even ada je yang aku tak puas hati, sabar jelah kan. Kita manusia biasa. Buat apa-apa step by step lah kn. Aku pun bukan tak banyak kekurangan. Siapa yang boleh terima aku apa adanya, trimas byk2..vous aimez

tett~

Posted: May 9, 2011 in Uncategorized

Assalamuaklaikum~
Sudah terlalu-lalu lama tak meninggalkan jejak di sini. Sedikit ke’busy’an ditokok tambah dengan kemalasan serta ketiadaan idea. Aku menjadikan segalanya alasan untuk tidak mencurah rasa di sini.Abaikan semua itu. Adapun dalam jangkamasa yang lama ni (nak masuk 3 bulan ni), dah terlalu macam-macam perkara yang terjadik di keliling aku.
Kerja? Mestilah banyak yang tak best kalau dah nama kerja. haha. Manelah. Kerja aku best sebab aku suka dengan kerja ni even aku tak suka berdepan dengan orang. Tak kisahlah. Aku tak tahulah kenapa kan, aku rasa suasana dah tak sama macam dulu. Masing-masing semakin menjadi lain. Tak seseronok dulu. Hilang sudah bayangan keluarga yang aku pernah nampak dulu. Entah kenapa lah kan? Macam-macam masalah mula timbul. Satu demi satu. Baik dari luar mahupun dalam. Tapi still ada lagi perkara yang best kat sini. Perkara yang menarik (heheh..excited), gila-gila dan yang tak disangka-sangka langsung ( *blush). Uihh..macam-macam sangatlah. huuu
Rumah lak, entahlah. Kalau dulu aku sanggup balik rumah lewat gila, keluar lewat2 malam sebab tak nak ngadap rumah nih. Sekarang, aku dah tak tahu nak buat apa pulak dah. Tunggu masa jelah kot. Lantak dia lah.
BTW, nak tahu tak..hari tu pergi Jusco lama. Jumpa satu patung HEDGEHOG  yang sangat sangat sangat  chumell. Gila gaban punya comel. Perfect sangat. Tak pernah aku gila gaban punya gila kat toys macam ni. Seriously aku nak patung tu. Sungguh-sungguh aku dah jatuh hati, cair gila bukan takat gaban, ultraman taro sekali dah kat patung tuh. Aku nak sangat. Nak jugak mintak kat sape2, dia ke, tapi… Cist, aku masih punya ego maa..haha.. Tunggu gaji lak, tak tahu pulak mampu tak. Tak apalah. Tengok la kalau ada rezeki kan. huuu. Aku SUKA GILA sama ia. Cair mak, nyahh~~

Tak dulik,apa sekali pun yang terjadik,,andai punya rezkiku, pasti ia akan menjadi milikku jua!!keh3..

jiwa kacau

Posted: March 5, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum
Jam 1.23am waktu aku start menaip entri ini. Aku tak ada idea even hati berkeras untuk meluahkan sesuatu. Sungguh tak ada idea. Rasa otak aku dah beku coz lama sangat nak membaca. Ni kalau tiba-tiba kena ambil exam BM balik tuk UPSR confirm aku fail. Keh3.
Entahlah kan. Terasa emosi aku ni tengah sangat-sangat complicated. Sama semacam otak aku. Heheh. Tapi yang pasti tak ada yang menerujakan. Oh, btw I’m actually really happy coz my problem with my dearest was solved. Totally happy. :B
Selain dari itu tiada yang menarik. Banyak yang menyedihkan ada la. Seorang demi seorang yang aku sayang bakal meninggalkan aku. Sob2. T.T Bukan meninggalkan dunia okeh! Jangan salah pike! Insya Allah panjang umur mereka. Mereka just pergi jauh je. Bukan ke mana pun. Guyz, hope we’ll keep in touch kay. Don’t ever try to forget me or I’ll sepak terajang both of you. Beware! Haha. Lepas ni tak ada lagi la tempat aku nak menggedik. Aihh. Bukan semua orang boleh wat kita selesa nak jadi gedik tw. Urghh. Mesti bosan lepas nih. Tempat nak cuci mata pun dah kurang. Hahah. Bertambah kesedihan aku. Huarghh!!
Tengok. Kan dah kata awal-awal emosi aku tak stabil. Kejap gelak kejap jerit, nangeh. Gilo.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Tapi next time la aku cerita (kalau ingat la). Lets move on dude!! Lets laugh even we’re sad, smile even feel bad and become crazy together-gether. Hoyeahhh!

seribu kali maaf

Posted: February 27, 2011 in Uncategorized

Tidak. Sebenarnya tak mungkin cukup even berpuluh ribu juta kali maaf pun aku pohon darimu. Maaf yang teramat-amat sangat dari aku. Aku tahu kau amat-amat terasa dan sakit hati dengan apa yang telah aku lakukan. Mesti geram gila gaban kan. Maaf sangat-sangat. Kau sanggup bersusah kerana aku, tapi ini balasan aku pada kau. Tentu bertambah lagi kebaikan aku pada kamu. Bagaimana? Aku tak tahu bagaimana mahu berundur lagi. Aku terlalu – lalu teruk. Malu aku pada diri sendiri. macam mana? aku tak mahu aku yang begini. sejujurnya aku tak tahu bagaimana nak meng hadapi dunia. menghadapi kalian. aku yang teruk ni cuma tahu melarikan diri dari masalah dan menambah kesusahan pada korang. maaf yang amat sangat. walupun tak mungkin ia begitu mudah diterima

hati? soal hati kot..

Posted: February 3, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum.

Smile yo kawan-kawan. Tak senyum kurang manis mehh. Mana best kan tak manis. senyum, senyum..haa~ gitu~

Actually aku sungguh2 tak ada modal nak menaip dalam nih. Ikutkan hati memang ada banyak gila gaban lah yang aku nak share. Dah berapa kali aku try nak update blog nih. Taip2 sekerat hilang idea. Gitu je ulang2. Last bersawang semak samun n naik lalang dah blog aku nih. Entah lah kan. Akhir2 ni macam2 perkara aku alami. Yang aku rasa. Sampaikan aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasa dalam satu-satu masa tu. Aku sungguh2 tak tahu. Confuse2~

Yang sebetulnya aku tak faham dengan diri sendiri. Aku tengok orang2 lain yang tengah syok dibuai perasaan, atau tengah perasan, atau tengah lebih2 berangan, bukan main lagi jiwang karat bila nak luahkan rasa tu. Yelah. Kan ke rasa disukai tu sesuatu yang indah. Dan menyukai juga sesuatu yang membahagiakan? Tapi aku? Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku rasa.

Sebagai manusia yang normal, tipulah kalau aku kata aku tak ingin disukai. Tapi kenapa bila ada yang menyatakan suka aku menidakkan ia? Tidak pernah aku cuba berkata ia adalah serius atau cuba menerima kata2 seperti itu. Anggapan aku, semua itu hanya gurauan semata. Rasa bagai terlalu takut untuk percaya. Khuatir kalau aku menyandar harapan,ia menjadi sia2. selebihnya, aku takut untuk kecewa.

Dan bagaimana yang dikatakan sebagai suka, sayang, cinta.. Aku sangat2 tidak pasti tentang itu. Bagaimana rasa bila kita suka pada orang itu? Berdebar? Tak keruan? Rasa selesa? Rasa hendak berkongsi segala, meluah rasa, mengadu kecewa? Yang bagaimana? Aku rasa semua tu. Tapi bukan semua pada orang yang sama. Rasa selamat bila dengan si A, rasa berdebar tak keruan bila dengan si B, bila rasa sedih atau apa,nampak si C terus rasa nak luahkan semua. Jadi mana yang aku suka? Ke aku tak suka mana2? Aku pun tak tau la. Sampai sekarang, aku masih tak paham2 macam mana kawan2 yang lain boleh couple clash kapel clash berulang-ulang kali. Apa yang diorang rasa ye? And yang dah kahwin atau nak berkahwin, apa yang mereka rasa ya? Hmm.. Mungkin belum sampai masa lagi untuk aku kot. Belum sampai seru kata orang. Haha.

Cakap pasal kahwin, dua orang best friends aku masa sekolah dulu, dah berkahwin. Punya lah zaman dolu kala kata aku yang akan kahwin dulu. Tapi sekarang? Seorang baru saja berkahwin krismas tahun lepas, seorang lagi bakal menimang cahaya mata yang kedua. Aku pulak? Pakwe pun tak ada. Aku memilih sangat ke? Haha. Tak apalah. Aku muda lagi apa. Bulan Mei nanti baru masuk 22. banyak lagi benda nak kena settle. Masak pun tak berapa nak pass lagi. Nasib malang lah siapa yang dapat aku nanti. Haha

 

 

p/s:da suruh mak tolong carikan. Sape nak jumpalah mak ye..hahahaha

Jawatan Kosong!!

Posted: December 11, 2010 in Uncategorized

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua di dalam keadaan yang baik – baik belaka. Insya Allah. Adapun, seperti biasa aku tak punya idea untuk mengisi serta memperbaharui isi kandung blog ini. tapi sayanglah pulak rasa kalau biau je tak terusik. Macam tak dipedulikan je belog nih. Sian la ia. Heheh.
Apa nak kata yer. Takde kot. Aku menaip je pun. Lagipun nak bercakap ngan sape je pepagi buta gini. Semua pun dah tidur. Aku tak boleh tidur. Maka online la aku kala ini. Kalau nak kata aku syok sangat online sampai tak tidur pun boleh terima kot. Har3. Sebenarnya nak sambung baca One Piece ni. selalu je tertinggal latest series. Gua busy beb. Heh. Dulu selalu baca kat Onemanga. Sekarang dapat kat mangareader pun jadi la. Ok apa. Asal boleh jalan sudah. Heheh.
Aku memang gila komik. Bukan komik je. Novel, buku cerita, majalah(sume jenis-Mastika,kreko,arena,,n bla3),manga..semualah. Katalog pun aku bantai ngadap sekali. Asalkan ada gambar dan tulisan serta menarik. Aku ingat lagi, zaman kecik-kecik dulu selalu kena hamun ngan mak aku. Sebab selalu tak siap buat kerja gara-gara menda alah ni. Tengah dok nyapu rumah ni, jumpa lak buku cerita tengah jalan. kat situ jugaklah aku letak penyapu n dok bace mende tuh. Gila tak buruk perangai. Aku rasa sampai sekarang pun sikap ni tak dapat kikis lagi. Cuma dah kurang sikit la. Sikit je. Aih..susah la nak jadi bini orang cenggini. Sape nak jadi laki aku?! Sini! Sini! Heh.
Tengok! Asal cerita je masuk bab lain. Asal bab je masuk cerita lain.Eh..boleh ke gitu? Aku pun tak paham da..Ukeh2. Mau sambung baca citer.Hee~

Note:   Entri sangat-sangat tiada kaitan dengan tajuk. Siapa yang kata ada tu aku ta tau le. Antara dia tak sehat atau gelong. Aihh..

nasib beta..uhuk2

Posted: November 13, 2010 in Uncategorized

Salam..wuahh. Agak lama beta tidak menjenguk blog ini. Beta kerinduan..aihh. Haha. Bukan bersengaja berbuat begini. Tapi masa begitu mencemburui beta. Sama juga dengan cik tenet nih. Asal beta ingin berdating dengan blog nih aja ia terus jadi gelong-gelong. Cist. Beta tahulah beta ni hensem lagi  kachak bergaya. Haha.

Adapun, cerita di atas tiada kaitan dengan tajuk. Kisah bermula di sini~
Hari tu beta kerja part time. Beta pernah berkata tentang ini dalam entry yang dolu2 tu. Kejap je. Tak sampai pun seminggu. Jadilah beta promoter sekejap dekat situ a.k.a Metro Jaya punya sale. Alahh. Yang kat MITC hari tu. Dengan harapan, dalam ramai2 urang nanti tu boleh la beta cuci mata sikit. Tapi…tak ada maknanya. Beta kerja under kasut BATA. Jual kasut budak sekolah. Nak cuci mata pandang apa. Dah tentu kalau ada pun bapak-bapak budak tak pun adik2 yang sekolah lagi. melepas. Ada la jugak seorang abang kachak nih. Sangat-sangat kachak. Style pulak tuh. Sampai kawan beta angau sama dia. Dia jaga barang wangian plus perfume depan kami. Tapi sayang, dia sangat lemah lembut. Beta kesah apa, dia tetap lelaki. Yang kachak. Layan lah. Dah tu je stok nak cuci mata yang ada.Har3. TETAPI, dalam kesibukan serta keramaian tu, tiba-tiba handphone beta hilang. Satu-satunya HP kesayangan beta HILANG!! Apakah?!!
Ikut kata mak beta, “mesti ko terletak kat mane2 tuh. ko selalu sangat macam tu. cuai!!” dush..
Beta tak tahu. Beta bagai hilang ingatan. mana HP beta menghilang. Tak sayang sama beta lagikah? Mana janji-janji manismu dolu?? Nak berkhidmat dengan penuh kasih sayang. Mana?!! Uhuk2. “Sedih~”. Tu saja mampu beta katakan bila ada yang bertanya. Mana mungkin beta yang ‘gagah perkasa’ (seperti kata mereka di situ) ni menangis meraung tergolek-golek. Beta cool beb. Mana boleh tunjuk dukacita depan orang. Haha. Sedangkan dalam hati, dah banjir air mata beta melimpah. Boleh diibaratkan macam empangan kat Tasik Kenyir pechah. uhuk2. Beta dah lah sengkek. Mana nak cari duit beli HP baru!! Uwahh~~
**Beta harap ada jejaka kachak yang hensem dan kaya serta baik hati nak belanja beta. Jangan bagi simpati. Beta tak berminat.

***Beta rasa 2,3menjak yang lalu nasib beta memang malang sikit. Sebelum kes di atas terjadi, beta tersandung masa naik tangga dan kejadian disaksikan oleh seorang jejaka. Beta tak kisah dia menoleh ke pandang atau tonton sekali peristiwa itu. Beta tergolek-golek depan dia pun tak heran. Beta tak tahu malu* maa. Tapi yang beta sangat-sangat tak boleh terima,yang buat beta rasa nasib memang malang gila gaban adalah, dia sangat kachak. Arghhh!! Kenapalah dia kachak. Beta tak boleh terima. Beta malu!! ARGHHHH~~~~

(beta rasa entry ni tergantung. tak tau nak buat ending cane..koh3)